Thursday, December 16, 2010

RESEPI RENDANG ACHEH....

Ermmmm....esok teringin nk masak setelah lama cuti kerana hari malas sedunia...huhuhu...bukan lah malas sgt tp tuntutan keje kt ofis ngan meeting yg x pnh surut...balik rumah...hanya nampak bantal untuk zzzzzzz....hehehe..tp kesian lak kt en. suami...lama da dia x mkn air tangan wifey dia nih...huhu...so..untuk kengkawan...sy upload resepi ni just to share....gambar nt sy upload later k (sbb sblm2 ni masak x pnh nyer amek gambar...letak je atas meja..licin..hehe).....sgt SIMPLE dan SEDAP...SELAMAT MENCUBA!...sila komen ye kalau dah try...:P

BAHAN2 A

1/2 Kilo Daging (kuantiti based on size hidangan, kalau ramai tambahlah lg)
3 sudu lada hitam yang ditumbuk..(tumbuk lg sedap dr dikisar)
5 sudu kicap (x kisah kicap manis/masin)
1/4 Belacan


BAHAN2 B

3 Biji kentang yang dipotong dadu
1 labu bawang besar dipotong dadu
daun bawang (byk mana ikut suke)
cili api dihiris halus (byk mana pun ikut ske...ikut tahap kepedasan yg anda kehendaki)
Myk masak untuk menggoreng

LANGKAH2....

Gaul semua bahan2 A dan rebuskan di atas api yg sederhana sehingga daging empuk. kandungan air adalah sama paras dengan daging. bagi daging yang keras..kuantiti air boleh ditambah dari masa ke semasa.

Kemudian gorengkan bahan B satu persatu kecuali daun bawang dan toskan. Apabila daging telah empuk dan airnya telah kering....masukkan ke dalam kuali yang telah dipanaskan dengan 2 sudu myk. gaul rata...kemudian masukkan semua bahan2 B yang telah dgoreng. Gaul rata...akhir sekali, masukkan daun bawang..kacau dan tutup api..
Rendang anda sedia untuk dihidangkan...

UNTUK HIASAN

Potong cili besar (cili merah) untuk ditaburkan ke atas rendang yang telah siap...

sangat mudah....boleh dimasak even selepas balik keje....masa yang diambil untuk memasak lebih kurang 1/2 jam shj...bergantung kepada daging....kalau daging cepat empuk..lg cepat rendang anda boleh dihidangkan....kdg2 sy juga sediakan menu ni utk dimakan bersama nasi lemak...

SELAMAT MENCUBA!....

No comments:

Post a Comment