Monday, November 15, 2010

Bowling ADDICTED? hahahhaha..Roger2 la....


Haaa.....ni nak saje nk share ngan kengkawan..actually x terer tahap gaban pun...tp bolehlah....stakat masuk tournament sepam dua...ngeh3....okeh kengkawan..enjoy the vid ya...any comments? silalah-silalah...jgn malu2....nk ajak berentap? hehehhe....stakat kasik panas line boleh je...hehehe...apapun roger2 la ye....LOVE & PEACE...



ni plak...en. suami berentap ngan sy....tp dia lg terer la....sy ni stakat baling lurus je tau...hook ke...spinner ke x gheti langsung..huhu...enjoy and leave ur comments k..

Sunday, November 14, 2010

MISS BONGEK!...ehem..ehem....


Haaaa.....kengkawan...ni salah satu hobby en.suami....SAILBOAT....asalkan ahad je ilang..asalkan ilang je ahad..tu la routine en. suami...bukan ilang ke mana,....ke putrajaya meritime centre...training....sailboat ni model seawind dari Kyosho...pastu dinamakan MISS BONGEK..sempena aku ni anak jati Bongek, Rembau N9...(hehhehehe..banggo gak eden) hua hua hua...sailboat Miss Bongek ni ada history tersendiri tau...mungkin tuah den org bongek ko..x tau lah..sobabnyo..hehehhe..ter 'speaking german lak'...maap yo...sebabnya pada 11-12 julai aritu Miss Bongek ni da pun berjaya mendapat tempat ke-3...selepas menyertai perlumbaan kategori sailboat RC-Seawind....kira ok lah tu..bukan sonang nk monang...hehhee...Miss Bongek dapat 3rd place ... tempat ke-2 org singapore yg menang...tp Juara still Malaysia la yg pegang....kawan en. suami jgk....





saje je aku upload kt sini just to credit to en. suami...at least..esok2 kalau aku da xde..ada blog ni wat kenangan dia....ok kengkawan...selamat menjamu mata ye...Love & Peace!..kalau sesapa berminat nk try bakat terendam..terpendam...jgn segan2..calling2 la....leh sesama kita terjah ikan2 dalam tasik kt putajaya tu...:P

Ini plak masa menggodek cik nikon kt kg...x tau watpe..lepas ujan...





hahahahha......kualiti gambar akan diperbaiki di masa2 akan dtg...lepas jd expert photographer.....skang x join mana2 kelas pun...main petik je...kalau salah..refer manual...huhuhu

Inilah hasil2 cik nikon yg aku sygi....


Gambar ni diambil masa mlm raya 2010 aritu...so sweet....especially for beginner...

Thursday, November 11, 2010

SOLAT SUNAT HAJAT

Kadang-kadang tanpa kita sedar,..kita sering dan mudah merasa kecewa atas sesuatu benda yang yang kita inginkan tetapi masih juga x mampu kita miliki. Begitu jugak saya...kadang2 rasa kecewa lebih mengatasi dari segala-galanya....sebagai manusia biasa kadang2 saya pun hanyut mengikut perasaaan...terlupa untuk meminta pada DIA....mudah2an dgn solat hajat yang kita usahakan...segala perkara yang kita impikan akan menjadi kenyataan..semoga dipermudahkan segalanya....amin...

SOLAT SUNAT HAJAT
 

Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Dardak bahawa Nabi saw bersabda: "Barangsiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian bersembahyang dua rakaat dengan sempurna, maka dia diberi Allah apa saja yang diminta baik cepat ataupun lambat."NIAT SOLAT HAJATSahaja aku sembahyang sunnat hajat dua rakaat kerana Allah Ta'ala
 

Selepas membaca al-Fatihah, dalam rakaat pertama hendaklah dibaca Ayat Qursi sementara pada rakaat kedua pula dibaca Surah Al-Ikhlas.

Apabila selesai sahaja solat, terus sujud kepada Allah dan membaca tasbih ini... kemudian bacalah doa @ mintalah apa yang kita hajatkan.




"Maha Suci Allah yang bersifat dengan kemuliaan dan Dia berfirman dengannya. Maha Suci Allah yang mempunyai sifat ketinggian dan menjadi mulia dengannya. Maha Suci Allah yang meliputi ilmuNya segala sesuatu, Maha Suci Allah yang tidak ditasbih melainNya. Maha Suci Allah yang mempunyai pemberian dan kelebihan. Maha Suci Allah yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Maha Suci Allah yang mempunyai pemberian dan nikmat. Aku memohon RahmatMu dari kitabMu dan dengan namaMu yang mulia dan kehormatanMu yang tinggi dan kalimat-kalimatMu yang sempurna yang tidak dapat diatasi oleh sebarang kebaikan dan kejahatan bahawa Engkau Selawat  dan salam kepada Nabi Muhammad SAW dan segala keluarganya.

Monday, November 8, 2010

minggu berPTK yg boring...

ermmm...since last week till 2nd week of december...tiap2 minggu ada PTK...as usual as Urusetia...terpaksa la aku terpacak kt hotel...melaksana tanggungjawab..melakar amanah..cheewah..mcm PM lak...boring sebenarnya...tp td agak terhibur tgk geng2 jkr & ikram heret dslr masing2...amik gambar sana...amik gmbr sini...teruja la jgk..rs nk heret  cik nikon aku gak..tp mana ada masa nk mengheret2 ni...silap2 aku lak terheret ngadap cik puan....
this week ptk at palm garden...beautiful scenary..sesuai sgt la kot2 nk posing....erm...akan kuusahakan mengheret cik nikon ku....erm..tgh lense kengkawan..gerun cik bedah...erm..cepatlah poket ni berisi...leh gak tukar2 lense baru...da skodeng mana2 yg berkenan...tp gambar agung x berapa nk mengizinkan...hopefully by next year..cik bedah dan cik nikon ada 'sahabat' baru...ngeh3....
to all our candidates...good luck n try ur best....love & peace!

Sunday, November 7, 2010

Menjadi Isteri Yang Solehah....

ADA yang bertanya, bagaimana saya mahu menjadi wanita atau isteri solehah. Adakah perlu warak (kuat beribadat), memakai purdah atau pandai membaca al-Quran?
Wanita solehah ialah mereka yang pandai menghibur dan melayan suami dengan mempersembahkan segala kemesraan, kemanjaan dan cinta sepenuh hati sehingga suami sentiasa rindukan dirinya malah tidak mahu berpisah walaupun sekejap.
Bukan perkara yang susah mahu menjadi wanita solehah. Hanya dengan senyuman yang manis dan menambat hati suami, mereka boleh menduduki carta itu.
Ada yang berkata senyuman isteri yang dilakukan dengan ikhlas semata-mata untuk suami lebih baik daripada menggunakan produk alat solek jenama mahal yang berharga ratusan ringgit.
Pandangan yang mesra dan lembut ibarat celak yang paling indah menghiasai sepasang matanya. Kelembutan dan kehalusannya berbicara seperti pakaian yang paling cantik dipakainya.
Suami mana akan memandang ke belakang apabila isterinya sentiasa harum dan bersih. Malah, aroma itu pasti memikat selera suami untuk sentiasa berada di samping isteri daripada berborak bersama rakan di kedai kopi.
Berapa ramai isteri yang memberikan senyuman manis, pandangan yang mesra dan lembut serta wajah yang berseri-seri ketika mengiringi suami keluar rumah atau menyambut kepulangannya di muka pintu.
Rasululullah s.a.w pernah bersabda bahawa isteri solehah ialah yang menggembirakan suaminya apabila suami melihat kepadanya.
Bayangkan suami yang pulang dalam keadaan letih kerana beban tugas di pejabat ditambah kesesakan jalan raya, isteri yang menyambut di muka pintu menguntum senyuman, wajah yang dihiasi cantik, menolong membawa beg, membuka sarung kaki dan menyediakan minuman untuk menghilangkan dahaga.
Memang sukar mencari ciri-ciri wanita sedemikian kerana kebanyakan isteri terutama yang bekerja terlalu terbawa-bawa perangai mereka di pejabat sehingga suami tidak diberi perhatian. Akhirnya, suami jemu dan sengaja balik lewat ke rumah.
Kadangkala kita tertanya-tanya mengapa sesetengah lelaki suka mencari pelacur untuk memuaskan nafsu. Tidakkah mereka takut dengan hukum Allah dan risiko jangkitan penyakit yang boleh mereka dapat.
Sebenarnya, sesetengah lelaki gemar mencari perempuan lacur kerana mereka mendapat layanan kelas satu ketika bersama wanita berkenaan. Mereka tidak mendapatnya ketika di rumah apatah lagi isteri yang terlalu sibuk dengan kerja sehingga mengabai nafkah batin kepada suami.
Mungkin ada yang berkata, wanita lacur memberi layanan kelas satu kerana mereka dibayar atau mendapat tip.
Adakah isteri juga mahu suami memberi bayaran kepada mereka semata-mata untuk mendapatkan layanan kelas satu? Jika isteri mempunyai pandangan sedemikian, jangan melenting jika dikatakan mereka juga sama dengan pelacur.
Layanan isteri kepada suami tidak perlu kepada unsur kewangan. Sebagai ketua rumah tangga, suami perlu menyediakan keperluan kepada isteri termasuk makan minum, pakaian, perhiasan dan belanja isteri.
Jika perkara ini dilaksanakan, apa alasan isteri untuk tidak memberi layanan kelas satu kepada suami.
Beruntung isteri yang tahu melayan dan menghiburkan suami kerana selain mendapat kenikmatan, mereka juga mendapat ganjaran pahala daripada Allah.
Isteri yang sengaja enggan melayan nafsu suami akan dilaknat malaikat kerana tidak menunaikan tanggungjawab sebagai suri rumah tangga.
Kajian mendapati suami yang mendapat belaian dan kasih sayang isterinya akan cemerlang di tempat kerja dan masyarakat. Mereka tidak memerlukan apa-apa lagi melainkan isteri di sisi.
Mungkin ramai yang tidak percaya bahawa semangat suami lebih tinggi jika mendapat kasih sayang isteri. Suami manusia biasa, walaupun segagah atau segarang mana mereka, jika dimanja atau dibelai, mereka ibarat harimau jinak.
Justeru, isteri perlu mempunyai teknik atau kaedah untuk memikat suami, bukan semata-mata wajah yang jelita atau harta yang banyak.
Bayangkan ketika kecil, anak mendapat perhatian dan kemanjaan ibu bapa, tentu anak membesar menjadi manusia yang baik. Tetapi jika tiada kasih sayang ibu bapa, anak pasti membesar sebagai manusia yang tidak terkawal.
Oleh itu, isteri perlu faham, walau setinggi mana pangkat, kedudukan, harta dan darjat mereka, jangan lupa memberi kasih sayang dan kemanjaan kepada suami. Senyuman, kemanjaan, pakaian dan haruman adalah senjata untuk memancing manusia bernama lelaki.
Sumber: Metro

Jiwa Kacau

Di Mana Kan Ku Cari Ganti

Di manakan ku cari ganti
Serupa dengan mu
Tak sanggup ku derita dan berhati patah
Hidup gelisah

Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggal ku sendirian
Tiada berteman dalam kesunyian

Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada berguna
Keluhan hati ku menambah derita
Kini kau jua tak kunjung jelma

Di manakan ku cari ganti
Mungkinkah di Syurga
Untuk teman ketawa
Menangis bersama selama-lamanya

Baru blajar berblog...

hai kengkawan....arini dalam sejarah..hehehhehe (ketinggalan zaman sebenarnya)..aku baru nk create blog...org lain da beribu2 follower....dulu x pnh terfikir pun nk create blog ni...tp bila ramai kengkawan suggest...tergerak la hati nurani yang suci murni ni nk berblog gak..so apa lg...baru nk menapak ni...selamat singgah di blog saya...love and peace!