Ni salah sekor kucing kesayangan mak mertua aku. Baka Persian kacuk dgn kucing kampung.. tp dah mati sebab demam panas..time tu 4 ekor mati dalam masa seminggu. simtom sakit kucing ni..mula2 hidung dia berair pastu panas badan, pastu melepek jer tido/baring..tak mau makan..tau2 dah tak bole bangun. Tp orang tua2 kata kucing kalau begambar nt dia mati..tak pun dia hilang tak balik2..adakah kebetulan? apa pun tuhan itu maha mengetahui dan smua di dunia hanya pinjaman dari Nya..sampai masa Dia ambik balik..
so pemilik2 kucing..dapatkan obat imunisasi untuk kucing anda sblum ia demam..he he..tuan kucing demam tak makan obat..
Monday, December 27, 2010
Sunday, December 26, 2010
Hari Keluarga SM&P LLM - Melaka Wonderland
Sabtu lepas bersamaan 25 Dis 2010 dengan kata sepakat, aku dan kakitangan SM&P sempat menganjurkan Hari Keluarga yg bertempat di Melaka Wonderland..sorry wonder girls takdo kek sini. hik hik..gerak dari rumah 7.30 pagi dan smpai sejam setengah kemudian. anyway terima kasih kepada yg terlibat dalam penganjuran hari keluarga ini..seronok walaupun panas terik. ni ada beberapa gambar yg sempat diedit oleh penembak rasmi blog akubudakbongek..he he
![]() |
Akan Datang Di Pawagam: Aku Masih Teruna Beb!..he he |
Tuesday, December 21, 2010
GEMUK? jom kurus ramai2..hehehhe
Kemudian rebus ke dalam periuk dengan anggaran 2 gelas besar air....
Rebus sehingga air tersebut menjadi 1 gelas sahaja...sejukkan dan minum waktu malam dan pagi...(kalau ikut buku..kita amalkan setiap hari..Insyaallah selama 2 minggu kita da leh tgk perubahan)....
Friday, December 17, 2010
YEAYYY..nk lik kampung...
Thursday, December 16, 2010
ASAL USUL NAMA BONGEK, REMBAU, N.SEMBILAN...(^_^)
(Maklumat ini diperolehi oleh saya dari internet. Kredit to http://9w2eez.blogspot.com/ . Terima kasih atas info yang ditulis..)
ASAL USUL KAMPUNG BONGEK.
(Dokumentari asal usul Kampung Bongek sudah tersiar di rancangan Galeri Nasional TV1 pada 4 Disember 2009, jam 9.30 malam)(Dokumentari ini diterbitkan oleh Idzham Hadi Sidik, Galeri Nasional)
Kampung Bongek kira-kira 6km dari Bandar Rembau,Negeri Sembilan menjadi popular kerana namanya yang unik dan pelik.
Wujudnya nama kampung ini dipercayai pada awal tahun 1773 ketika kedatangan Raja Melewar dari Pagar Ruyong yang dijemput oleh Undang yang empat untuk menjadi raja di Negeri Sembilan.
Menurut cerita Haji Basri Hasan seorang pesara guru yang juga anak jati kampung Bongek, asal usul Kampung Bongek ini diperolehi hasil gabungan 2 perkataan iaitu "Boncah" dan "Jangek"
Menurut Haji Basri, Boncah ialah paya manakala jangek itu pula ialah sejenis makanan yang dihasilkan daripada kulit lembu.
Bagaimana Boncah dan Jangek disatukan dan menjadi sebutan Bongek?
Mengikut cerita Haji Hassan, semasa kedatangan Raja Melewar, pengikutnya membuat penempatan di kampung tersebut yang berhampiran dengan Astana Raja dan Kampung Penajis di mana Raja Melewar mula ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama.
Di kampung tersebut terdapat Boncah atau paya yang mempunyai air panas dan disebut "air angek". Orang Minangkabau yang berhijrah itu sangat popular dengan makanan yang diperbuat daripada kulit lembu.
Makanan yang dibuat dari kulit lembu itu dibasuh menggunakan "air angek" pada boncah dan disebut pula sebagai "Jangek".
Setiap kali penduduk mahu membuat makanan tersebut mereka perlu ke Boncah, dan sebutan boncah dan jangek digunakan "Nak ke boncah mencuci jangek".
Oleh kerana perkataan Boncah dan Janget sering digunakan. maka lama-kelamaan sebutan itu dipendekkan kepada Bo-ngek nama oleh kerana tempat itu belum mempunyai nama maka penduduk menamakannya sebagai Bongek.
Kini kesan air panas pada boncah di kampung Jangek masih kekal. anda boleh ke sana untuk melihat sendiri kesan asal usul kampung Bongek.

Weeee.....(^_^) Saya Bangga Menjadi Anak BONGEK!...

Subscribe to:
Posts (Atom)